Aku Yakin Masa Akan...

Bile aku mengaku aku sayang owang,
Aku juga telah bersedia untuk mungkin terluka dengan apa yang bakal berlalu,
Aku juga selalu yakin yang masa akan ubati semua kedukaan kita tuu....

Aku tau, 
Banyak mana aku sakit, sedih, kecewa,
Aku pasti masa akan ubati semua tuu,
Masa akan healed sume rasa tuu, 
Masa akan pulihkan keadaan hati aku...

Aku tau,
Banyak mana aku nangis, mengalirkan air mata,
Aku yakin masa akan menghapus air mata aku, 
Masa akan buat aku tak mahu menangis lagi, 
Masa akan wat aku bertambah kuat. 

Aku percaya setiap masa yang Allah izinkan untuk aku nikmati,
Masa itu Allah mengajar aku erti kehidupan,
Siapa kawan dan siapa lawan,
Siapa sayang dan siapa membenci,
Siapa yang aku perlu and siapa yang sekadar mengetuk hati dan kehidupan aku. 

Yakin lah bahawa masa yang Allah beri tiada yang sia-sia

Menhargai masaMu,
J.D.




Sabarlah Hati

Hari demi hari, setiap saat aku mengira, setiap detik aku menghitung...
Bilakah tiba waktunya?
Bilakah tiba harinya?
Bilakah tiba saat dan ketikanya? 

Aku menanti dengan penuh harapan...
Aku berharap bagaikan tiada esok untuk aku...
Aku menunggunya dengan pelbagai rasa yang menghantui...

Sabarlah hati...
Tak kan lari gunung dikejar,
Sabarlah hati...
Pasti akan ada cahaya menyinar,
Sabarlah hati...


Sabarlah hati, 
J.D.


Ahalan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah syukur pada Allah pencipta sekalian alam. 
Tahun ini aku masih diberi nafas dan nyawa lagi untuk bertemu dengan ramadhan Mu Ya Allah.
Penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan kemuliaan dan kesejahteraan. 
Aku bersyukur kerana masih berkesempan bertemu dengan ramadhan Mu Ya Allah. 

Ramadhan Mu kali ini membawa sejuta pengertian, limpah rezeki yang tak terkira. 
Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna dan bermakna dari ramadhan yang sebelumnya. 
Menjadikan aku hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. 

Salam Ramadha Al Mubarak, 
J.D.